Friday, August 20, 2010

White Water Rafting 2010 anjuran KLASKA UTEM

Ini adalah aktiviti terbaru saya pada Tahun Batu Cina 2010. Macam tak percaya apabila dapat menghabiskan aktiviti berakit selama 3 hari 2 malam itu dengan jayanya. Aktiviti berakit menyusuri Sungai Nenggiri, Gua Musang, Kelantan itu bermula dari Kuala Betis dan berakhir di Kampung Setar sejauh 50km. Pada edisi ini kami menyusuri Sungai Nenggiri dengan menggunakan Rubber Dinghy dan bukan Tubing. Berakit menggunakan Rubber Dinghy boleh dikatakan agak mencabar kerana mudah terbalik jika tidak seimbang atau mudah hilang kawalan semasa mengharungi jeram. Sepanjang berakit kami mengharungi lebih dari 40 jeram yang terdapat beberapa jeram yang sangat berbahaya antaranya Jeram Kalong dan Jeram Berhala. Semasa melakukan aktiviti ini, keyakinan serta ketenangan teruji kerana yang paling bahaya hanyalah terbalik dan jatuh ke dalam jeram yang hampir 20 kaki kedalamannya.














Tuesday, December 09, 2008

Ketemu Lagi

salam...

setelah lama tak update blog ni, ada sorang insan yang menyedarkan aku tentang kewujudan blog aku ni....kalau tak dah lama aku lupa tentang blog ni. almaklumlah kesibukan yang teramat sangat sejak kebelakangan ni menyebabkan aku terlupa banyak perkara...

banyak kerja-kerja yang terpaksa aku susun semula satu persatu...baru-baru aku baru balik dari UiTM Seri Iskandar, Perak untuk KARISMA 2008 yang diadakan di sana tahun ni. Aku seperti biasa la jadi jurulatih dan pengurus untuk pasukan Tenpin Boling UiTM Melaka. Alhamdullilah, segala penat lelah berbaloi apabila team UiTM Melaka menunjukkan peningkatan pada tahun ni dengan membawa pulang 2 pingat gangsa. 1 untuk acara 4 sepasukan wanita(aimi, fateha, fitrina dan linda) GO GIRLS!! dan 1 lagi untuk acara All-Event lelaki(alief)..TAHNIAH!! sebenarnya team aku kurang bernasib baik...sumer sipi2 je nak menang...

atlit aku ;- lelaki ( alief, faiz, dazrin n matley)
perempuan (aimi, fateha, fitrina n linda)

moto kami :- ONE TEAM!!! ONE SOUND!!! -(ciplak dari team bola baling heheheehe)

aku bangga ngan team ni...punya semangat yang tinggi tapi sayang nasib tak menyebelahi..

anyway terima kasih pada alammaya (http://www.alammayafantasi.blogspot.com/) kerana meningatkan aku tentang kehadiran blog aku ni..nanti aku akan upgrade blog ni...nak lawan blog dia..heheheehe...

thanks sayang..:D




Thursday, February 16, 2006

CiNTa

CiNTa




Cinta bukan sekadar didakap
Cinta bukan hanya dikucup
Cinta bukan untuk dijulang
Cinta bukan perlu dipuja

Cinta hadir membelai rasa
Cinta menyemarak perasaan istimewa
Cinta anugerah sang pencipta
Cinta memupuk perasaan kasih dan sayang

Kenali cinta dengan hati dan jiwa
Kenali cinta dengan ikhlas dan takwa
Agar diri tak kontang dan gersang
Agar hidup tak porak peranda
Agar bumi tak pincang dan musnah
Agar dunia tak sunyi dan sepi

Walau kecewa kerna cinta
Walau merana kerna cinta
Walau perpisahan itu jua kerna cinta

percayalah....

Cinta sebenar 'kan hadir bila dihayati dan dihargai akan kehadiran
cinta
Cinta agung 'kan memutik bila kita akur dengan cintaNya
Cinta sejati 'kan digapai bila kita tahu apa itu cinta!

Cintailah cinta, maka cinta akan menghidupkan cinta!


*ihsan dari seorang rakan......

Sunday, February 12, 2006

today



assalammualaikum.....

dah lama tak update blog ni....
baru hari ni ada masa yang terluang nak update blog ni....
tapi sekarang aku terjumpa sesuatu yang baik untuk kita kongsikan bersama



just click kat banner kat atas ni.....
ia adalah sejenis web hosting...
bagi sesiapa yang berminat untuk membuat laman web........
cuba layari...ok and have a nice tour..

bye

Wednesday, October 13, 2004

semakin hampir....

assalamualaikum.....
tergerak hati hari ni untuk berfikir tentang satu perkara.... sebelum tu..puasa lagi dua hari..
insyaallah malam esok dah kena gi terawih..... tapi aku mungkin tak dapat pegi... sedihnya...
sebab esok saya kena kerja malam... apa nak buat.. dah tanggungjawab...
berbalik pada persolan yang saya fikirkan sebentar tadi... persoalannya ialah... Pernahkah kita semua terfikir akan kejadian kita sebagai manusia di bumi Allah s.w.t ini ?
mengapa kita semua ni dipilih untuk menjadi manusia.. bukan kerana tidak bersyukur tapi sekadar ingin merenung dan mengkaji.. pelik aku tengok gelagat manusia ketika ni, rasanya macam tak nak jadi manusia pun ada. sikap dan tingkahlaku insan yang bernama manusia kini semakin buruk dan ditahap nazak. aku lebih menjurus pada bangsa kita sendiri iaitu bangsa melayu. bukannya dulu bangsa kita tidak bersikap begini tetapi di zaman IT yang serba moden ini masih ramai orang melayu yang iri hati dengan kejayaan bangsa sendiri....ini semua biasa kita dengar....
apa yang ingin saya kupas sekarang ni, mungkin pelik sikit tapi ini yang saya rasa boleh kot kita kaji... tapi ini teori saya je tidak ada kena mengena ngan sesiapa pun...
sebelum kita dilahirkan ke dunia, mungkin kita telah diberikan pilihan oleh Allah s.w.t, insan yang macam maner yang kita inginkan. adakah manusia, haiwan atau alam semulajadi(tumbuhan). ketiga-tiga unsur hidup ini mempunyai banyak perbezaan jika dilihat dari zahir dan batin...contohnya manusia mempunyai akal fikiran dan hidup normal, boleh bertutur, cantik dan antara kejadian yang paling sempurna di bumi ini. haiwan, tidak berakal, bentuknya berbeza-beza dan kurang menarik pada pandangan manusia tetapi boleh bertutur atau mengeluarkan bunyi. manakala tumbuh-tumbuhan adalah kekal bersama tanah kehidupan hakikinya. tidak mampu untuk berkata-kata hanya keindahannya dan kemampuannya sahaja yang dapat kita gunakan.....

to be continued..... tangan dah penat..

Monday, October 11, 2004


kenangan induksi 60/2003 pusat latihan uitm kg. gajah, perak

kenangan semarak 8... induksi e-villange 60/2003


kumpulan semarak 8

belakang dari kiri : abang Rasik(PUAS), Iwan(LAN), Rahman(BPR), Wan(KLN), Wadi(UiTM Kelantan) dan Joo(SMIDEC)
depan dari kiri : Shafaiz-pak tam(BPR), Shila(UiTM Melaka, Normah(MIDA), Gee Hanim(LAN), Mohan(BPR) dan Bob(UiTM Melaka) - Semarak 8 Boss.....
dah lama tak jumpa ngan dioarang ni kecuali shila sebab satu tempat kerja...semuanya sibuk dengan tugas harian masing-masing.. semoga berbahagia hendaknya....

Kursus Induksi 60/2003


bangunan wawasan Posted by Hello

6/8/2003 hingga 18/8/2003

satu kenangan yang takkan dapat dilupakan.... kursus induksi ...
banyak kenalan yang aku dapat semasa kat sini... BPR, MIDA, MATRED, PUAS, LAN, UITM, SUHAKAM, KLN DAN KRAFTANGAN.
pertemuan 2 minggu di sini adalah kerana kami semua terpaksa menjalani kursus yang wajib dihadir oleh semua kakitangan awam yang baru. jadi semua yang ada kat sini adalah kakitangan kerajaan tapi bukan dari semua jabatan. hanya jabatan tertentu yang mengadakan induksi di tempat ini.
kami semua tak mengenali antara satu sama lain kecuali dari jabatan sendiri.. tapi setelah 2 minggu dikurung di sini, ada yang telah bertemu jodoh dan telah mendirikan rumahtangga.
tahniah kepada:-
MIZOL(BPR) dan AMNAH(KLN)...... (dari kumpulan 7)
semoga berbahagia....
selapas ni nanti .... mungkin akan ada lagi cinta dan kasih yang bertaut hasil dari pertemuan di tempat ini pada seisi yang sama ngan diaorang ni... insyallah...
untuk aku, semasa di sini banyak kenangan yang tak boleh dilupakan especially masa pertama kali kena nyanyi kat atas pentas bersama dengan sorang awek dari BPR. kebetulan hari pertandingan karaoke tu adalah bersamaan hari lahir kami. jadi tak pasal-pasal diaorang semua sambut birthday kami dengan suruh kami bernyanyi kat atas pentas... malu giler bebbb !!!!
anyway, ada jugak kenangan yang tak boleh aku lupakan masa kat sana... betul tak ???