Friday, August 20, 2010

White Water Rafting 2010 anjuran KLASKA UTEM

Ini adalah aktiviti terbaru saya pada Tahun Batu Cina 2010. Macam tak percaya apabila dapat menghabiskan aktiviti berakit selama 3 hari 2 malam itu dengan jayanya. Aktiviti berakit menyusuri Sungai Nenggiri, Gua Musang, Kelantan itu bermula dari Kuala Betis dan berakhir di Kampung Setar sejauh 50km. Pada edisi ini kami menyusuri Sungai Nenggiri dengan menggunakan Rubber Dinghy dan bukan Tubing. Berakit menggunakan Rubber Dinghy boleh dikatakan agak mencabar kerana mudah terbalik jika tidak seimbang atau mudah hilang kawalan semasa mengharungi jeram. Sepanjang berakit kami mengharungi lebih dari 40 jeram yang terdapat beberapa jeram yang sangat berbahaya antaranya Jeram Kalong dan Jeram Berhala. Semasa melakukan aktiviti ini, keyakinan serta ketenangan teruji kerana yang paling bahaya hanyalah terbalik dan jatuh ke dalam jeram yang hampir 20 kaki kedalamannya.














No comments: