Wednesday, October 13, 2004

semakin hampir....

assalamualaikum.....
tergerak hati hari ni untuk berfikir tentang satu perkara.... sebelum tu..puasa lagi dua hari..
insyaallah malam esok dah kena gi terawih..... tapi aku mungkin tak dapat pegi... sedihnya...
sebab esok saya kena kerja malam... apa nak buat.. dah tanggungjawab...
berbalik pada persolan yang saya fikirkan sebentar tadi... persoalannya ialah... Pernahkah kita semua terfikir akan kejadian kita sebagai manusia di bumi Allah s.w.t ini ?
mengapa kita semua ni dipilih untuk menjadi manusia.. bukan kerana tidak bersyukur tapi sekadar ingin merenung dan mengkaji.. pelik aku tengok gelagat manusia ketika ni, rasanya macam tak nak jadi manusia pun ada. sikap dan tingkahlaku insan yang bernama manusia kini semakin buruk dan ditahap nazak. aku lebih menjurus pada bangsa kita sendiri iaitu bangsa melayu. bukannya dulu bangsa kita tidak bersikap begini tetapi di zaman IT yang serba moden ini masih ramai orang melayu yang iri hati dengan kejayaan bangsa sendiri....ini semua biasa kita dengar....
apa yang ingin saya kupas sekarang ni, mungkin pelik sikit tapi ini yang saya rasa boleh kot kita kaji... tapi ini teori saya je tidak ada kena mengena ngan sesiapa pun...
sebelum kita dilahirkan ke dunia, mungkin kita telah diberikan pilihan oleh Allah s.w.t, insan yang macam maner yang kita inginkan. adakah manusia, haiwan atau alam semulajadi(tumbuhan). ketiga-tiga unsur hidup ini mempunyai banyak perbezaan jika dilihat dari zahir dan batin...contohnya manusia mempunyai akal fikiran dan hidup normal, boleh bertutur, cantik dan antara kejadian yang paling sempurna di bumi ini. haiwan, tidak berakal, bentuknya berbeza-beza dan kurang menarik pada pandangan manusia tetapi boleh bertutur atau mengeluarkan bunyi. manakala tumbuh-tumbuhan adalah kekal bersama tanah kehidupan hakikinya. tidak mampu untuk berkata-kata hanya keindahannya dan kemampuannya sahaja yang dapat kita gunakan.....

to be continued..... tangan dah penat..

Monday, October 11, 2004


kenangan induksi 60/2003 pusat latihan uitm kg. gajah, perak

kenangan semarak 8... induksi e-villange 60/2003


kumpulan semarak 8

belakang dari kiri : abang Rasik(PUAS), Iwan(LAN), Rahman(BPR), Wan(KLN), Wadi(UiTM Kelantan) dan Joo(SMIDEC)
depan dari kiri : Shafaiz-pak tam(BPR), Shila(UiTM Melaka, Normah(MIDA), Gee Hanim(LAN), Mohan(BPR) dan Bob(UiTM Melaka) - Semarak 8 Boss.....
dah lama tak jumpa ngan dioarang ni kecuali shila sebab satu tempat kerja...semuanya sibuk dengan tugas harian masing-masing.. semoga berbahagia hendaknya....

Kursus Induksi 60/2003


bangunan wawasan Posted by Hello

6/8/2003 hingga 18/8/2003

satu kenangan yang takkan dapat dilupakan.... kursus induksi ...
banyak kenalan yang aku dapat semasa kat sini... BPR, MIDA, MATRED, PUAS, LAN, UITM, SUHAKAM, KLN DAN KRAFTANGAN.
pertemuan 2 minggu di sini adalah kerana kami semua terpaksa menjalani kursus yang wajib dihadir oleh semua kakitangan awam yang baru. jadi semua yang ada kat sini adalah kakitangan kerajaan tapi bukan dari semua jabatan. hanya jabatan tertentu yang mengadakan induksi di tempat ini.
kami semua tak mengenali antara satu sama lain kecuali dari jabatan sendiri.. tapi setelah 2 minggu dikurung di sini, ada yang telah bertemu jodoh dan telah mendirikan rumahtangga.
tahniah kepada:-
MIZOL(BPR) dan AMNAH(KLN)...... (dari kumpulan 7)
semoga berbahagia....
selapas ni nanti .... mungkin akan ada lagi cinta dan kasih yang bertaut hasil dari pertemuan di tempat ini pada seisi yang sama ngan diaorang ni... insyallah...
untuk aku, semasa di sini banyak kenangan yang tak boleh dilupakan especially masa pertama kali kena nyanyi kat atas pentas bersama dengan sorang awek dari BPR. kebetulan hari pertandingan karaoke tu adalah bersamaan hari lahir kami. jadi tak pasal-pasal diaorang semua sambut birthday kami dengan suruh kami bernyanyi kat atas pentas... malu giler bebbb !!!!
anyway, ada jugak kenangan yang tak boleh aku lupakan masa kat sana... betul tak ???