Wednesday, October 13, 2004

semakin hampir....

assalamualaikum.....
tergerak hati hari ni untuk berfikir tentang satu perkara.... sebelum tu..puasa lagi dua hari..
insyaallah malam esok dah kena gi terawih..... tapi aku mungkin tak dapat pegi... sedihnya...
sebab esok saya kena kerja malam... apa nak buat.. dah tanggungjawab...
berbalik pada persolan yang saya fikirkan sebentar tadi... persoalannya ialah... Pernahkah kita semua terfikir akan kejadian kita sebagai manusia di bumi Allah s.w.t ini ?
mengapa kita semua ni dipilih untuk menjadi manusia.. bukan kerana tidak bersyukur tapi sekadar ingin merenung dan mengkaji.. pelik aku tengok gelagat manusia ketika ni, rasanya macam tak nak jadi manusia pun ada. sikap dan tingkahlaku insan yang bernama manusia kini semakin buruk dan ditahap nazak. aku lebih menjurus pada bangsa kita sendiri iaitu bangsa melayu. bukannya dulu bangsa kita tidak bersikap begini tetapi di zaman IT yang serba moden ini masih ramai orang melayu yang iri hati dengan kejayaan bangsa sendiri....ini semua biasa kita dengar....
apa yang ingin saya kupas sekarang ni, mungkin pelik sikit tapi ini yang saya rasa boleh kot kita kaji... tapi ini teori saya je tidak ada kena mengena ngan sesiapa pun...
sebelum kita dilahirkan ke dunia, mungkin kita telah diberikan pilihan oleh Allah s.w.t, insan yang macam maner yang kita inginkan. adakah manusia, haiwan atau alam semulajadi(tumbuhan). ketiga-tiga unsur hidup ini mempunyai banyak perbezaan jika dilihat dari zahir dan batin...contohnya manusia mempunyai akal fikiran dan hidup normal, boleh bertutur, cantik dan antara kejadian yang paling sempurna di bumi ini. haiwan, tidak berakal, bentuknya berbeza-beza dan kurang menarik pada pandangan manusia tetapi boleh bertutur atau mengeluarkan bunyi. manakala tumbuh-tumbuhan adalah kekal bersama tanah kehidupan hakikinya. tidak mampu untuk berkata-kata hanya keindahannya dan kemampuannya sahaja yang dapat kita gunakan.....

to be continued..... tangan dah penat..

No comments: